BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

~JoM JoGinG!~

‘Joging’. Perkataan ini mungkin sinonim bagi mereka yang selalu mengamalkannya tetapi menjadi antonim bagi mereka yang selalu menjauhinya.

Mungkin ada antara kita yang apabila diajak berjoging, terasa malas je..Ada yang berpendapat joging ni hanya membuang masa.. “Haisshh,malas lah! Buang masa..duduk rumah, tengok tv, lagi best!” Yang sibuk pula memberi alasan, “Aku sibuk la..assignment melambak-lambak..kau ajak je lah orang lain.” Yang suka membuta pula, “Urrmm.. takpelah aku joging dalam mimpi je..Zzzzz..”
Demikianlah jawapan yang diberikan oleh sesetengah golongan apabila diajak berjoging. Namun pada hakikatnya, sekiranya kita benar-benar pandai mengurus masa dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal, berjoging bukanlah suatu perkara yang membebankan.
Berjoging dapat mengeluarkan peluh. Peluh pula merupakan salah satu bahan kumuh dalam tubuh seseorang manusia yang harus dikeluarkan daripada tubuh sebab kalau tidak dikeluarkan, peluh itu akan menjadi toksid dalam tubuh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit. Kehidupan di kampus ni tak memaksa diri saya untuk mengeluarkan peluh sangat berbanding kehidupan kat asrama dulu dimana hampir setiap minggu, ada sahaja aktivitinya..
Pemandangan ala-ala Broga Hill
Bonusnya, sambil-sambil joging kat dalam kampus ni, saya pun dapat menikmati pemandangan ala-ala Broga Hill gitu dekat kawasan belakang kampus. Hati pun terasa sejuk, jiwa juga menjadi tenang..(ececececece...). Kata orang , sambil menyelam minum air sekali..Hehehe…>_< Bagaimana pula dengan tempat joging di kawasan anda?
Seterusnya, mari saya cerita lagi berkenaan joging ni. Berjoging atau berjalan pantas selaju 6 kilometer sejam merupakan aktiviti fizikal yang paling ‘simple’ dilakukan dan tidak perlukan belanja yang banyak. Kita cuma memerlukan sepasang pakaian yang menyerap peluh, kasut joging dan luang masa setengah jam, itu pun sudah mencukupi =)
Ada patutnya juga untuk kita mengetahui sebab kenapa kita perlu berjoging. Tidaklah nanti kita hanya dapat merasa penat sahaja tanpa menikmati kepuasan berjoging.

Manfaat berjoging:
·         Menurunkan berat badan.

·         Merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah.

·         Mengelakkan kerosakan otot dan tulang.

·         Meningkatkan ketahanan tubuh.

·         Mengurangkan risiko penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dan obesiti.

·         Mengurangkan risiko barah.

Dari aspek psikologi:

·         Mengurangkan tekanan kerana badan mengeluarkan hormon endorfin.

·         Menstabilkan perasaan bimbang.

·         Mengelakkan kemurungan.

·         Meningkatkan keyakinan diri.

·         Ruang untuk bersosial.


Buat permulaan, kita harus berjalan laju dan berlari-lari anak sejauh kira-kira 5 kilometer. Teruskan selama 20 hingga 30 minit, tiga kali seminggu dan beransur-ansur meningkatkan tempoh joging sehingga kita mampu berjoging mengikut sasaran yang ditetapkan.

Macamana pula dengan pakaian? Dan bagaimana pula pergerakan tubuh bersama pergerakan anggota lain? Apakah langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kecederaan? Di sini akan saya terangkan.

Pakaian joging:

·         Kasut yang sesuai (jangan pakai but sudaa..hehehe ^_^).

·         Pakaian longgar yang menyerap peluh. Di samping itu, pakailah pakaian yang menutup aurat..Tidaklah semasa berjoging nanti terdedah apa-apa yang tidak patut =)

·         Jika cuaca sejuk, pakai jaket yang membenarkan pengaliran udara dan kalis air.

Posisi anggota tubuh:

·         Lengan lepas mengayun secara semula jadi.

·         Siku membengkok 90 darjah.

·         Kepala dan badan tegak.

·         Pinggul ke belakang sedikit.

·         Rehatkan rahang dan bahu.

·         Bernafas melalui hidung dan menghembuskannya melalui mulut (petua ini juga adalah bagi mengelakkan sakit secara tiba-tiba di bahagian perut sewaktu berjoging).

·         Kaki dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.

Mengelak kecederaan:

·         Permukaan rata dan lembut.

·         Permukaan kaki lima dan konkrit berbahaya.

·         Elakkan permukaan tidak rata atau senget.

·         Tukar kasut setiap 900 kilometer apabila daya anjalnya berkurangan.

·         Mulakan joging secara berperingkat.

·         Elakkan menambah jarak larian melebihi 20 peratus seminggu.

·         Rujuk pakar kesihatan jika anggota terasa sakit.

·         Lakukan sesi pemanasan badan.

·         Berjalan selama lima minit pada penghujung jogging.

·         Lakukan sesi menyejukkan badan seperti membuat regangan otot selama 2 hingga 3 minit.
Trek joging di belakang UiTMPP >_<
Sesungguhnya, berjoging bukanlah aktiviti yang membazir. Susunlah masa dengan baik untuk mencari ruang berjoging sekurang-kurangnya tiga kali seminggu demi kesihatan minda dan fizikal. Jika minda dan fizikal sihat, mudah untuk kita beribadah dan belajar lagi-lagi di musim exam ni..>_<

0 komen: