BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Hikmah di sebalik Rukun Haji


Kawasan di sekeliling malap tapi tidak di kawasan Kaabah. Hal ini telah memberi kejutan kepada sekumpulan orang Amerika yang berada di sebuah satelit perisikan milik mereka. Mereka terlihat cahaya yang terang dari bumi lalu mengambil gambar tersebut. Rupa-rupanya datang dari arah Kaabah. Subhanallah..

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah sebab kita memakai ihram ketika menunaikan ibadah haji? Atau apakah anda telah mengetahui secara jelasnya apa yang terkandung dalam batu hitam yang berada di penjuru Kaabah? Insya Allah, entri kali ini akan menjawab persoalan mengenai hikmah dan peristiwa di sebalik setiap rukun haji..Mudah-mudahan bermanfaat bagi kita di musim haji ini..^_^

Niat

Allah SWT memerintahkan supaya setiap jemaah haji berniat ihram kerana memuliakan Tanah Haram dan bumi Makkah selaku tempat yang paling mulia di sisi Allah SWT. Mereka juga tidak dibenarkan melakukan perkara keji di dalamnya walaupun melakukan perkara yang harus ketika berada di luar seperti memakai wangian, memotong kuku, memburu dan sebagainya.




1. Yalamlam – bagi yang datang dari arah Yaman. Pada masa jemaah Malaysia datang melalui kapal Haji, di kawasan ini mereka akan berihram.

2. Zulhulaifah – bagi yang datang dari arah Madinah dengan kenderaan darat.

3. Juhfah (Rabigh) – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin, dsb.

4. Zaatu Irqin – bagi yang datang dari arah Iraq.

5. Qarnul Manazil – bagi yang datang dari arah Najd, Kuwait, Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang

Memakai Ihram



Memakai pakaian ihram yang sama melambangkan kesatuan umat Islam tanpa mengira bangsa dan keturunan. Pemandangan ini tidak dapat dilihat pada hari-hari lain. Pakaian ini juga sama seperti kain kafan putih ketika si mati dibawa bertemu Allah SWT pada Hari Kiamat. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW memakai pakaian ihram dari Madinah dan meniatkannya di Miqat bernama Zul Hulaifah. Mereka yang berihram menuju ke Makkah yang dijanjikan keamanan oleh Allah SWT daripada ketakutan dan kelaparan. Firman Allah, "Di sana ada tanda-tanda kemuliaan yang nyata dan sesiapa yang masuk ke sana akan mendapat ketenteraman" (Ali-Imran: 96)

Tawaf





Tawaf di Kaabah pula adalah kerana adanya Baitullah dengan pakaian yang sama bagi mengingatkan kita mengenai kematian yang pasti bagi setiap yang hidup. Ini juga untuk menyatakan bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT melainkan mereka yang bertakwa. Ada riwayat menyatakan Nabi SAW mengucup Hajarul Aswad sebelum melakukan Tawaf Qudum.

Mengucup Hajarul Aswad adalah pelengkap kepada ibadat tawaf di Kaabah kerana mengikut perbuatan Nabi SAW jika memungkinkan kita berbuat demikian. Nabi SAW mengucup sebelum bermulanya tawaf dengan meletakkan kedua bibir Baginda sambil menangis dan berkata kepada Saidina Umar yang bersamanya, "Wahai Umar, di sinilah tempat terkumpulnya dosa". Ada riwayat mengatakan bahawa asalnya batu ini berwarna putih dan bertukar menjadi hitam dengan dosa manusia.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hajarul Aswad

Saie

Selepas selesai tawaf, Nabi SAW bersolat di belakang makam Ibrahim dengan dua rakaat sunat Tawaf dan meminum air Zam Zam sambil berdoa kepada Allah SWT lalu berjalan ke Bukit Safa untuk bersaie. Saie antara Safa dan Marwah adalah bagi menghidupkan peristiwa Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali bagi mencari sumber air yang diperlukan. Begitu juga berlari anak padanya seperti dilakukan Nabi SAW bagi menzahirkan kekuatan dan kecerdasan kaum Muslimin.

Ibadah Saie

Doa Nabi Ibrahim ketika meninggalkan Hajar: "Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari keturunanku di sebuah lembah yang kering kontang di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohnya. Wahai Tuhan kami, semuanya agar mereka mendirikan solat dan memakmurkannya. Oleh itu, jadikanlah sebahagian dari hati manusia tertarik ke sana dan kurniakan rezeki dari berbagai jenis buah-buahan agar mereka bersyukur" (Ibrahim: 37).

Wukuf


Keadaan padang Arafah yang dibanjiri jutaan manusia. Keadaan ini juga memberi gambaran kepada kita akan hari kebangkitan di mana semua manusia akan dikumpulkan di sini.
Wukuf adalah salah satu rukun haji yang mesti dilakukan jemaah haji. Sejarah membuktikan bahawa hari itulah Allah SWT menyempurnakan nikmatnya kepada kaum Muslimin dan menjadikannya hari raya untuk mereka. Allah SWT berfirman, "Pada hari ini Kami sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku sempurnakan nikmatku ke atas kamu dan Aku reda bahawa Islam ialah agama bagi kamu" (Al Maidah:3).

Bermalam di Muzdalifah

Mabit (bermalam) di Muzdalifah

Bermalam di Muzdalifah yang ada padanya Masyha'ril Haram, tempat berkumpulnya manusia selepas wukuf bagi menghabiskan satu malam di sana seperti yang dilakukan Baginda SAW. Suasana tenang dalam kegirangan dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT sehingga fajar menyinsing.

Melontar jamrah



Melontar jamrah adalah simbolik kepada kemenangan Nabi Ibrahim dan Ismail daripada gangguan syaitan. Begitulah perbuatan yang dilakukan Ibrahim dan Ismail ketika menghalau Iblis Laknatullah.

Ibadah Korban



Menyembelih korban adalah mesej bagi menyatakan kesyukuran kita terhadap nikmat Allah SWT ke atas Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail serta seluruh kaum Muslimin. Ia juga bagi menghidupkan nikmat yang besar atas kejayaan dari ujian yang begitu hebat.

Di sinilah bermulanya keturunan yang membawa kepada Nabi yang terakhir (Muhammad SAW). Di sinilah Nabi SAW menghadiahkan seratus unta untuk dikorbankan serta menyembelih dua kambing untuk dirinya dan keluarga dan satu untuk umatnya.

Ibadah Umrah

Umrah pula adalah ibadat ringkas bagi mereka yang menziarahi Baitullah kerana tidak memberatkan bagi kaum Muslimin. Allah mengharamkan bagi mereka meninggalkan Makkah tanpa melakukan ibadat. Jadi yang lebih ringan dari ibadat haji adalah umrah.


Sumber: 1) http://www.mukmin.com.my/baca.php?kategori=12&id=1060
              2)  http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=39609
              3) http://skop-studions.blogspot.com/2010/02/apakah-rahsia-kaabah.html

0 komen: