Assalamualaikum..
Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini. Sebabnya,
capaian internet agak kurang elok atas beberapa punca yang berlaku pada laptop
saya sendiri. Saya sangka laptop ini terkena virus, rupa-rupanya ada cookies
yang perlu saya delete. Nasib baik ayah yang beritahu. Kalau ikutkan saya, saya
akan hantar laptop ini untuk diservis di kedai. Huhu..Selain itu, mungkin punca
internet menjadi ‘slow’ disebabkan dokumen yang terlampau banyak di download
terutama video-video movie. Ayah suruh saya delete sahaja. Wah, tidak sampai
hati saya. Saya baru sahaja men’download’ 8 video terbaru yang kebanyakannya
adalah filem-filem dari Indonesia. Agak ‘excited’ apabila mengetahui Internet
Download Manager boleh digunakan. Hehe.. Walaubagaimanapun, saya tidak akan
delete video-video tersebut sehinggalah saya berjaya mendapatkan external suatu
hari nanti. Yeah.. Bukan apa, mana mungkin saya hendak delete movie-movie Indonesia
yang antaranya ialah Ketika Cinta Bertasbih, Dalam Mihrab Cinta, Hafalan Shalat
Delisa dan Sang Pencerah kerana ceritanya semua hebat-hebat belaka. Sarat
dengan mesej berguna.
Di kesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa saya telah menubuhkan blog
yang baru dengan tujuan; mengubah gaya penulisan. Bagi yang ingin terus
mengikuti hasil penulisan saya, anda bolehlah beralih ke blog saya yang baru
iaitu di www.wadahtarbiah.blogspot.com. Terus menjadi followers saya. Mungkin ada yang tertanya-tanya;
mengapa saya tidak hanya mengubah nama blog yang sedia ada ini sahaja? Bukan
nama sahaja yang ingin saya ubah, bahkan banyak lagi komponen dalam blog yang
ingin saya ubah. Saya mengubah konsep blog baru ini kepada yang simple kerana
saya hanya ingin mengekspresikan karya penulisan saya sahaja. Bagi saya lebih
mudah untuk mengendalikan blog yang simple kerana saya tidak perlu begitu
memikirkan perhiasan-perhiasan di blog tetapi hanya memikirkan
kemudahan-kemudahan yang perlu ada dalam blog.
Walaubagaimanapun, terima kasih atas kesudian anda selama ini dalam
mengunjungi blog Destinasi Yang Dicari. Dengan penubuhan blog Wadah Tarbiah
ini, anda dialu-alukan untuk memberikan komen dan kritikan membina untuk saya
memantapkan skil penulisan kerana saya juga mempunyai hasrat dan cita-cita
untuk bergelar seorang penulis buku suatu hari nanti. Mudah-mudahan usaha murni
yang dilakukan daripada pihak saya dan pembaca dapat merealisasikan impian
tersebut. Amin.
Wassalam.
p/s: Selamat tinggal Destinasi Yang Dicari... Selamat datang Wadah Tarbiah...
0 komen:
Post a Comment