‘Joging’. Perkataan ini mungkin sinonim bagi mereka yang
selalu mengamalkannya tetapi menjadi antonim bagi mereka yang selalu
menjauhinya.
Mungkin ada antara kita yang apabila diajak berjoging,
terasa malas je..Ada yang berpendapat joging ni hanya membuang masa..
“Haisshh,malas lah! Buang masa..duduk rumah, tengok tv, lagi best!” Yang sibuk
pula memberi alasan, “Aku sibuk la..assignment melambak-lambak..kau ajak je lah
orang lain.” Yang suka membuta pula, “Urrmm.. takpelah aku joging dalam mimpi
je..Zzzzz..”
Demikianlah jawapan yang diberikan oleh sesetengah golongan
apabila diajak berjoging. Namun pada hakikatnya, sekiranya kita benar-benar
pandai mengurus masa dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjaga
kesihatan mental dan fizikal, berjoging bukanlah suatu perkara yang
membebankan.
Berjoging dapat mengeluarkan peluh. Peluh pula merupakan
salah satu bahan kumuh dalam tubuh seseorang manusia yang harus dikeluarkan
daripada tubuh sebab kalau tidak dikeluarkan, peluh itu akan menjadi toksid
dalam tubuh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit. Kehidupan di
kampus ni tak memaksa diri saya untuk mengeluarkan peluh sangat berbanding kehidupan
kat asrama dulu dimana hampir setiap minggu, ada sahaja aktivitinya..
![]() |
Pemandangan ala-ala Broga Hill |
Bonusnya, sambil-sambil joging kat dalam kampus ni, saya pun
dapat menikmati pemandangan ala-ala Broga Hill gitu dekat kawasan belakang
kampus. Hati pun terasa sejuk, jiwa juga menjadi tenang..(ececececece...). Kata orang , sambil menyelam minum air sekali..Hehehe…>_< Bagaimana pula dengan tempat joging di kawasan anda?
Seterusnya, mari saya cerita lagi berkenaan joging ni. Berjoging
atau berjalan pantas selaju 6 kilometer sejam merupakan aktiviti fizikal yang
paling ‘simple’ dilakukan dan tidak perlukan belanja yang banyak. Kita cuma
memerlukan sepasang pakaian yang menyerap peluh, kasut joging dan luang masa
setengah jam, itu pun sudah mencukupi =)
Ada patutnya juga untuk kita mengetahui sebab kenapa kita
perlu berjoging. Tidaklah nanti kita hanya dapat merasa penat sahaja tanpa
menikmati kepuasan berjoging.
Manfaat berjoging:
·
Menurunkan berat badan.
·
Merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah.
·
Mengelakkan kerosakan otot dan tulang.
·
Meningkatkan ketahanan tubuh.
·
Mengurangkan risiko penyakit jantung,
osteoporosis, diabetes dan obesiti.
·
Mengurangkan risiko barah.
Dari aspek psikologi:
·
Mengurangkan tekanan kerana badan mengeluarkan
hormon endorfin.
·
Menstabilkan perasaan bimbang.
·
Mengelakkan kemurungan.
·
Meningkatkan keyakinan diri.
·
Ruang untuk bersosial.
Macamana pula dengan pakaian? Dan bagaimana pula pergerakan tubuh bersama pergerakan anggota lain? Apakah langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kecederaan? Di sini akan saya terangkan.
Pakaian joging:
·
Kasut yang sesuai (jangan pakai but
sudaa..hehehe ^_^).
·
Pakaian longgar yang menyerap peluh. Di samping
itu, pakailah pakaian yang menutup aurat..Tidaklah semasa berjoging nanti
terdedah apa-apa yang tidak patut =)
·
Jika cuaca sejuk, pakai jaket yang membenarkan
pengaliran udara dan kalis air.
Posisi anggota tubuh:
·
Lengan lepas mengayun secara semula jadi.
·
Siku membengkok 90 darjah.
·
Kepala dan badan tegak.
·
Pinggul ke belakang sedikit.
·
Rehatkan rahang dan bahu.
·
Bernafas melalui hidung dan menghembuskannya
melalui mulut (petua ini juga adalah bagi mengelakkan sakit secara tiba-tiba di
bahagian perut sewaktu berjoging).
·
Kaki dihentak perlahan supaya lutut dapat
dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.
Mengelak kecederaan:
·
Permukaan rata dan lembut.
·
Permukaan kaki lima dan konkrit berbahaya.
·
Elakkan permukaan tidak rata atau senget.
·
Tukar kasut setiap 900 kilometer apabila daya
anjalnya berkurangan.
·
Mulakan joging secara berperingkat.
·
Elakkan menambah jarak larian melebihi 20
peratus seminggu.
·
Rujuk pakar kesihatan jika anggota terasa sakit.
·
Lakukan sesi pemanasan badan.
·
Berjalan selama lima minit pada penghujung
jogging.
·
Lakukan sesi menyejukkan badan seperti membuat
regangan otot selama 2 hingga 3 minit.
![]() |
Trek joging di belakang UiTMPP >_< |
Sesungguhnya, berjoging bukanlah aktiviti yang membazir.
Susunlah masa dengan baik untuk mencari ruang berjoging sekurang-kurangnya tiga
kali seminggu demi kesihatan minda dan fizikal. Jika minda dan fizikal sihat,
mudah untuk kita beribadah dan belajar lagi-lagi di musim exam ni..>_<
0 komen:
Post a Comment