Titt! Tiitt! Titt! Tiitt!
Dia membuka matanya. Dicapainya jam loceng yang baru menyedarkannya. Kepalanya masih beralaskan bantal. Dia melihat jam tersebut. Pukul 10.
"Ish..malasnya nak bangun.."
Lalu ditariknya selimut sampai menutupi matanya. Mimpi tadi disambung semula. Mungkin mahu kembali mencari cahaya itu.
Hmm..pukul berapalah agaknya dia nak bangun ye?
Macam mana pula dengan kita? Pukul berapakah kita biasanya bangun daripada tidur?
Jeng!! Jeng!! Jeng!!
Entri pada kali ini, saya ingin kongsikan bersama anda mengenai kebaikan bangun pagi.
Antara kebaikan bangun pagi ialah:
1. Dapat mengurangkan tekanan dan stres
Menurut kajian sains, kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan kerana ia membuat fikiran kita menjadi segar dan hal ini sekaligus dapat mengurangkan tekanan dan stres. Lepas ini, sesiapa yang tengah tension-tension tu, bangunlah pada awal pagi ye..;)
2. Dapat kebaikan vitamin D
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEghXHxH5N6fjKgcnfcAxomKIHQsxOiPPTTgXyqwOeAX8rHKibSyNznbZR6hdaGg9NBvwNIX_AkGEBUe0-OcGpa0r4LP5mgVMNdtJ6zENDzLqi0zLMR8PUN3U_-LFlhK5txW5sPO3g1zz8cq/s200/morning-wake-up-call-rick-decroes.jpg)
3. Tenang dan tidak tergesa
Seseorang yang bangun lewat akan tergesa-gesa dalam melakukan urusannya. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan menampakkan hasil yang kurang baik. Jika ingin pergi ke suatu destinasi, mulalah tertinggal barang-barang yang penting seperti dompet dan sebagainya. Oleh itu, bangunlah awal kerana anda dapat membuat perancangan yang memberi kesan positif terhadap permulaan hari anda. =)
4. Dapat bersarapan
Sesetengah orang tidak mengambil kira mengenai sarapan. Sarapan atau makan pagi adalah penting untuk dilakukan. Alasannya kerana semasa kita tidur selama kurang 8 jam, tidak ada makanan yang masuk ke dalam tubuh kita sedangkan aktiviti seperti bernafas atau pergerakan ringan lain tetap berjalan. Akibatnya, kadar gula dalam tubuh sangat rendah. Dengan menyantap makanan yang baik, anda akan merasa kenyang dan hal ini akan membangkitkan semangat anda untuk melakukan aktiviti. Anda tidak akan merasa lesu atau disibukkan oleh perut yang kelaparan. Sebab itulah juga apabila kita berpuasa, kita digalakkan bersahur.
Begitulah kebaikan bangun pada awal pagi..Namun begitu, bagaimana pula dengan persoalan ini; Mampukah kita untuk bangun pada waktu tersebut..? ^_^
Apa kata kita cuba tips-tips ini:
1. Baca doa dan niat sebelum tidur supaya kita dapat bangun pada awal pagi esoknya agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.
2. Percepatkan waktu bangun tidur. Walaubagaimanapun, masa yang ingin dipercepatkan itu tidak boleh terlalu drastik. Percepatkan masa bangun tidur sedikit demi sedikit agar kita selesa dengan perubahan yang kita lakukan itu.
3. Disiplinkan diri agar kita dapat bangun daripada tidur mengikut waktu yang ditetapkan. Tanamkan azam yang kuat bersama dorongan kata-kata motivasi atau apa sahaja perkara baik yang membuatkan kita bersemangat untuk bangun daripada tidur.
4. Amalkan mengambil wuduk dan berzikir sebelum tidur. Hal ini dapat menjadikan fikiran kita sentiasa tenang sekaligus membantu masalah susah untuk tidur.
5. Tidur awal agar mendapat rehat yang cukup..;)
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi." (Riwayat Al-Tirmizi)
Jadi, rebutlah peluang dan gunakanlah waktu pagi anda dengan sebaiknya!
Wallahualam.
^_^
0 komen:
Post a Comment