BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Hikmah di sebalik Rukun Haji


Kawasan di sekeliling malap tapi tidak di kawasan Kaabah. Hal ini telah memberi kejutan kepada sekumpulan orang Amerika yang berada di sebuah satelit perisikan milik mereka. Mereka terlihat cahaya yang terang dari bumi lalu mengambil gambar tersebut. Rupa-rupanya datang dari arah Kaabah. Subhanallah..

Pernahkah anda tertanya-tanya apakah sebab kita memakai ihram ketika menunaikan ibadah haji? Atau apakah anda telah mengetahui secara jelasnya apa yang terkandung dalam batu hitam yang berada di penjuru Kaabah? Insya Allah, entri kali ini akan menjawab persoalan mengenai hikmah dan peristiwa di sebalik setiap rukun haji..Mudah-mudahan bermanfaat bagi kita di musim haji ini..^_^

Niat

Allah SWT memerintahkan supaya setiap jemaah haji berniat ihram kerana memuliakan Tanah Haram dan bumi Makkah selaku tempat yang paling mulia di sisi Allah SWT. Mereka juga tidak dibenarkan melakukan perkara keji di dalamnya walaupun melakukan perkara yang harus ketika berada di luar seperti memakai wangian, memotong kuku, memburu dan sebagainya.




1. Yalamlam – bagi yang datang dari arah Yaman. Pada masa jemaah Malaysia datang melalui kapal Haji, di kawasan ini mereka akan berihram.

2. Zulhulaifah – bagi yang datang dari arah Madinah dengan kenderaan darat.

3. Juhfah (Rabigh) – bagi yang datang dari arah Mesir, Syam, Tunisia, Jordan, Lubnan, Palestin, dsb.

4. Zaatu Irqin – bagi yang datang dari arah Iraq.

5. Qarnul Manazil – bagi yang datang dari arah Najd, Kuwait, Malaysia dan Asia Tenggara yang datang dengan menaiki kapal terbang

Memakai Ihram



Memakai pakaian ihram yang sama melambangkan kesatuan umat Islam tanpa mengira bangsa dan keturunan. Pemandangan ini tidak dapat dilihat pada hari-hari lain. Pakaian ini juga sama seperti kain kafan putih ketika si mati dibawa bertemu Allah SWT pada Hari Kiamat. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi SAW memakai pakaian ihram dari Madinah dan meniatkannya di Miqat bernama Zul Hulaifah. Mereka yang berihram menuju ke Makkah yang dijanjikan keamanan oleh Allah SWT daripada ketakutan dan kelaparan. Firman Allah, "Di sana ada tanda-tanda kemuliaan yang nyata dan sesiapa yang masuk ke sana akan mendapat ketenteraman" (Ali-Imran: 96)

Tawaf





Tawaf di Kaabah pula adalah kerana adanya Baitullah dengan pakaian yang sama bagi mengingatkan kita mengenai kematian yang pasti bagi setiap yang hidup. Ini juga untuk menyatakan bahawa semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT melainkan mereka yang bertakwa. Ada riwayat menyatakan Nabi SAW mengucup Hajarul Aswad sebelum melakukan Tawaf Qudum.

Mengucup Hajarul Aswad adalah pelengkap kepada ibadat tawaf di Kaabah kerana mengikut perbuatan Nabi SAW jika memungkinkan kita berbuat demikian. Nabi SAW mengucup sebelum bermulanya tawaf dengan meletakkan kedua bibir Baginda sambil menangis dan berkata kepada Saidina Umar yang bersamanya, "Wahai Umar, di sinilah tempat terkumpulnya dosa". Ada riwayat mengatakan bahawa asalnya batu ini berwarna putih dan bertukar menjadi hitam dengan dosa manusia.

Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hajarul Aswad

Saie

Selepas selesai tawaf, Nabi SAW bersolat di belakang makam Ibrahim dengan dua rakaat sunat Tawaf dan meminum air Zam Zam sambil berdoa kepada Allah SWT lalu berjalan ke Bukit Safa untuk bersaie. Saie antara Safa dan Marwah adalah bagi menghidupkan peristiwa Hajar berulang alik sebanyak tujuh kali bagi mencari sumber air yang diperlukan. Begitu juga berlari anak padanya seperti dilakukan Nabi SAW bagi menzahirkan kekuatan dan kecerdasan kaum Muslimin.

Ibadah Saie

Doa Nabi Ibrahim ketika meninggalkan Hajar: "Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari keturunanku di sebuah lembah yang kering kontang di sisi rumah-Mu yang diharamkan mencerobohnya. Wahai Tuhan kami, semuanya agar mereka mendirikan solat dan memakmurkannya. Oleh itu, jadikanlah sebahagian dari hati manusia tertarik ke sana dan kurniakan rezeki dari berbagai jenis buah-buahan agar mereka bersyukur" (Ibrahim: 37).

Wukuf


Keadaan padang Arafah yang dibanjiri jutaan manusia. Keadaan ini juga memberi gambaran kepada kita akan hari kebangkitan di mana semua manusia akan dikumpulkan di sini.
Wukuf adalah salah satu rukun haji yang mesti dilakukan jemaah haji. Sejarah membuktikan bahawa hari itulah Allah SWT menyempurnakan nikmatnya kepada kaum Muslimin dan menjadikannya hari raya untuk mereka. Allah SWT berfirman, "Pada hari ini Kami sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku sempurnakan nikmatku ke atas kamu dan Aku reda bahawa Islam ialah agama bagi kamu" (Al Maidah:3).

Bermalam di Muzdalifah

Mabit (bermalam) di Muzdalifah

Bermalam di Muzdalifah yang ada padanya Masyha'ril Haram, tempat berkumpulnya manusia selepas wukuf bagi menghabiskan satu malam di sana seperti yang dilakukan Baginda SAW. Suasana tenang dalam kegirangan dengan segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT sehingga fajar menyinsing.

Melontar jamrah



Melontar jamrah adalah simbolik kepada kemenangan Nabi Ibrahim dan Ismail daripada gangguan syaitan. Begitulah perbuatan yang dilakukan Ibrahim dan Ismail ketika menghalau Iblis Laknatullah.

Ibadah Korban



Menyembelih korban adalah mesej bagi menyatakan kesyukuran kita terhadap nikmat Allah SWT ke atas Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail serta seluruh kaum Muslimin. Ia juga bagi menghidupkan nikmat yang besar atas kejayaan dari ujian yang begitu hebat.

Di sinilah bermulanya keturunan yang membawa kepada Nabi yang terakhir (Muhammad SAW). Di sinilah Nabi SAW menghadiahkan seratus unta untuk dikorbankan serta menyembelih dua kambing untuk dirinya dan keluarga dan satu untuk umatnya.

Ibadah Umrah

Umrah pula adalah ibadat ringkas bagi mereka yang menziarahi Baitullah kerana tidak memberatkan bagi kaum Muslimin. Allah mengharamkan bagi mereka meninggalkan Makkah tanpa melakukan ibadat. Jadi yang lebih ringan dari ibadat haji adalah umrah.


Sumber: 1) http://www.mukmin.com.my/baca.php?kategori=12&id=1060
              2)  http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=9&t=39609
              3) http://skop-studions.blogspot.com/2010/02/apakah-rahsia-kaabah.html

Waiting For The Call~Irfan Makki~Lyrics


Miles away, oceans apart
Never in my sight but always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thinking all the time
When the day will come
Standing there before You
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my Tawaf
Drinking blessings from Your well
the *Jali to Safa and Marwah
rekindles my iman

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my Muslim brothers, they purpose all the same
greeting one another, exalting one True Name

I truly hope one day everyone will get the chance
to be bless with the greatest honor
Of being called to Your Noble House

standing in ihram making my tawaf
drinking blessings from your well
the Jali to Safa and Marwah
rekindles my iman

O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall


*Jali-Perkataan dalam bahasa Arab yang bermaksud berlari-lari anak.

Nikmat Pancaran Zam Zam



Air Zam Zam

Sejarah Air Zam Zam

Kisah ini disebutkan oleh Imam al Bukhari dalam Shahihnya, dari hadis Ibnu 'Abbas.

Suatu ketika, semasa di Mekah, Nabi Ibrahim menempatkan isterinya, Hajar dan anaknya, Nabi Ismail di suatu pohon besar yang terletak di sekitar Kaabah. Pada waktu itu, tiada seorang pun yang berada di Mekah melainkan mereka bertiga.

Selepas Nabi Ibrahim meletakkan sebuah karung berisi kurma dan air di tempat mereka berteduh, Nabi Ibrahim pergi meninggalkan Hajar dan Ismail tanpa berkata apa-apa. Namun, Hajar mengikuti Nabi Ibrahim lalu dia bertanya, "Wahai Ibrahim, ke manakah engkau akan pergi dengan meninggalkan kami sendiri di tempat yang tiada manusia lain, atau yang lainnya?"

Nabi Ibrahim tidak menoleh kepada Hajar dan Nabi Ibrahim juga berdiam diri. Pertanyaan itu diulangi terus oleh Hajar sampai akhirnya Hajar bertanya kepadanya,

"Apakah Allah yang menyuruhmu melakukan hal ini?"

"Ya," jawab Nabi Ibrahim.

"Kalau begitu Allah tidak akan menyengsarakan kami,"seru Hajar. Kemudian, Hajar kembali ke tempatnya, dan Nabi Ibrahim meneruskan perjalanannya.

Apabila Nabi Ibrahim sampai di Tsaniyah (suatu jalan yang berbukit-bukit, arah jalan ke Kada'. Rasulullah juga melalui jalan tersebut ketika memasuki Mekah) keluarganya tidak dapat melihatnya lagi. Nabi Ibrahim menghadap ke arah Baitullah, lalu mengangkat kedua tangannya seraya berdoa:

"Ya Tuhan, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur."

[Surah Ibrahim:37]

Hajar menyusui Nabi Ismail dan meminum air daripada karung tersebut sehingga akhirnya air itu habis dan anaknya kehausan. Dia melihat anaknya dengan penuh cemas kerana anaknya menangis tidak henti. Selepas itu, dia pun pergi mencari sumber air kerana tidak sanggup melihat anaknya kehausan.

Dia pergi ke bukit yang terdekat, iaitu bukit Safa dan berdiri di atasnya. Pandangannya diarahkan ke lembah di sekelilingnya, mengharapkan kemungkinan ada orang di sana. Akan tetapi, ternyata tidak ada.

Dia pun turun dari bukit itu lalu melewati lembah dan kemudian sampai ke bukit Marwah. Dia sekali lagi berdiri di atas bukit Marwah itu dan memandang di sekelilingnya, turut mengharapkan kemungkinan ada manusia di sana. Tetapi, ternyata tidak ada juga. Dia melakukan hal yang demikian itu sehingga tujuh kali.

Ketika berada di atas bukit Marwah, Hajar terdengar akan suatu suara, dia berkata kepada dirinya sendiri, "Diam!" Setelah diperhatikannya ternyata memang benar dia mendengar suara. Kemudian, dia pun berkata, "Aku telah mendengar, apakah di sana ada pertolongan?"

Tiba-tiba dia melihat Malaikat Jibril yang sedang mengais tanah dengan kakinya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat yang lain), kemudian memukulkan kakinya di atasnya. Maka keluarlah darinya pancaran air.

Hajar pun bergegas mengambil dan menampung air tersebut. Diceduknya air itu dengan tangannya dan memasukkannya ke dalam tempat air. Setelah diceduk, air itu semakin memancar. Dia pun minum air tersebut dan memberikan kepada putranya, Ismail. Lalu Malaikat Jibril berkata kepadanya, "Jangan takut terlantar. Sesungguhnya, di sinilah Baitullah yang akan dibangun oleh anak ini (Ismail) bersama ayahnya. Dan sesungguhnya, Allah tidak akan menelantarkan hambanya."

Kedudukan telaga Zam Zam

Namun begitu, ada pendapat mengatakan bahawa air zam zam itu terpancar dari hentakan kaki Nabi Ismail. Pendapat lain juga menyatakan bahawa Hajar ternampak Malaikat Jibril di samping anaknya, Ismail. Malaikat Jibril itu pun menggali tanah dengan tumit atau sayapnya sehingga terpancarlah air iaitu air Zam Zam.

Beberapa ketika kemudian, datanglah orang-orang dari kabilah Jurhum turun di lembah Mekah. Mereka turun apabila terlihat burung -burung yang berputar-putar. Mereka berkata,"Burung ini berputar-putar di sekitar air. Kami yakin di lembah ini ada air," lalu mereka mengirim utusan, dan ternyata benar mereka mendapatkan air. Utusan itupun kembali dan memberitahukan kepada orang-orang yang mengutusnya tentang adanya air. Merekapun kemudian mendatanginya, dan meminta izin dari Ummu Ismail, bahawa mereka akan singgah ke sana. Ummu Ismail pun mempersilakan dengan syarat, bahawa mereka tidak berhak memiliki (sumber) air tersebut, dan kabilah Jurhum inipun setuju.

Bukit Safa kini

Bukit Marwah kini

Jemaah haji mengerjakan ibadah Saie antara bukit Safa dan Marwah


Penemuan Kembali Air Zam Zam

Ketika Abdul Muthalib sedang tidur di Hijr Ismail, dia mendengar suatu suara yang menyuruhnya menggali tanah.

"Galilah thayyibah (yang baik)!"

"Yang baik yang mana?" tanyanya.

Esoknya, ketika tidur di tempat yang sama, dia mendengar lagi suara yang sama, menyuruhnya menggali barrah (yang baik)?"

Dia bertanya, "Benda yang baik yang mana?" Lalu dia pergi.

Keesokan harinya, ketika tidur di tempat yang sama di Hijr Ismail, dia mendengar lagi suara yang sama, menyuruhnya menggali madhmunah (sesuatu yang berharga).

Dia bertanya," Benda yang baik yang mana?"

Akhirnya pada hari yang keempat dikatakan kepadanya : "Galilah Zam Zam!"

Dia bertanya,"Apa itu Zam Zam?"

Dia mendapat jawapan : "Air yang tidak kering dan tidak meluap, yang dengannya engkau memberi minum para haji. Dia terletak di antara tahi binatang dan darah.
Berada di patukan gagak yang hitam, berada di sarang semut".

Sesaat Abdul Muthalib bingung dengan tempatnya tersebut, sampai akhirnya ada kejelasan dengan melihat kejadian yang diisyaratkan kepadanya. Kemudian dia pun bergegas menggalinya.

Orang-orang Quraisy bertanya kepadanya,"Apa yang engkau kerjakan, hai Abdul Muthalib?

Dia menjawab,"Aku diperintahkan menggali Zam Zam," sampai akhirnya dia dan anaknya, Harits mendapatkan apa yang diisyaratkan dalam mimpinya, menggali kembali sumur Zam Zam yang telah lama dikubur dengan sengaja oleh suku Jurhum, tatkala mereka terusir dari kota Mekah.

Kelebihan Air Zam Zam

Telaga Zam Zam suatu ketika dahulu

Banyak kelebihan yang terdapat pada air Zam Zam, sebagaimana disebutkan di dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, antara kelebihan itu:


Ada keberkatan padanya, boleh mengenyangkan seperti makanan dan sebagai penawar penyakit. Disebutkan dalam hadis Abu Dzar Radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang air Zam Zam:

"Sesungguhnya air Zam Zam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan." Dan Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya: "Dan penyembuh penyakit."

(Hadis riwayat Muslim)

Perihal air Zam Zam menjadi penawar penyakit itu, banyak disebut mengenainya, antaranya:

"Daripada Abu Jamrah Adh-Dhuba‘ie katanya: "Aku duduk bersama Ibnu ‘Abbas di Mekah, lalu aku terkena demam panas. Berkata Ibnu ‘Abbas: "Dinginkanlah panasmu itu dengan air Zam Zam, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Demam panas itu daripada bahang neraka jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air, (atau sabda Baginda: "Dengan air Zam Zam" , si Hammam syak).

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Teknologi kini memudahkan orang ramai mendapatkan air Zam Zam

Ibnu Taimiyyah berkata,

”Seseorang disunnahkan untuk meminum air Zam Zam sampai benar-benar kenyang, dan berdoa ketika meminumnya dengan doa-doa yang dikehendakinya. Tidak disunnahkan mandi dengannya (menggunakan air Zam Zam)."

Dari Ibnu 'Abbas ra, Rasulullah SAW bersabda :

"Air Zam Zam sesuai dengan niat ketika meminumnya. Bila engkau meminumnya untuk ubat, semoga Allah menyembuhkanmu. Bila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya. Air Zam Zam adalah galian Jibril, dan curahan minum dari Allah kepada Ismail."

Dari Abi Thufail, dari Ibnu Abbas ra, ia berkata : Saya mendengar Rasulullah bersabda,

”Kami menyebut air Zam-Zam dengan syuba'ah (yang mengenyangkan). Dan kami juga mendapatkan, air Zam-Zam adalah sebaik-baik pertolongan (kebutuhan atas kemiskinanan)". [HR Tabrani]

"Dari Usamah, bahawasanya Rasulullah meminta untuk didatangkan segantang air Zam-Zam, kemudian beliau meminumnya dan berwudhu dengannya" [HR Ahmad]

"Disebutkan dalam Silsilah Shahihah, adalah Rasululllah membawa air Zam-Zam di dalam kantung-kantung air (yang dibuat dari kulit). Beliau menuangkan dan membasuhkannya kepada orang yang sedang sakit".

Tatkala Jibril memukul Zam Zam dengan tumit kakinya, Ummi Ismail segera mengumpulkan luapan air. Nabi berkata,"Semoga Allah merahmati Hajar dan Ummu Ismail. Andai ia membiarkannya, maka akan menjadi mata air yang menggenangi (seluruh permukaan tanah)."

"Dari Ibnu 'Abbas, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,"Sebaik-baik air yang terdapat di muka bumi adalah Zam Zam. Di dalamnya terdapat makanan yang mengenyangkan dan penawar penyakit."

Abu Dzar al Ghifari berkata,"Selama 30 hari, aku tidak mempunyai makanan kecuali air Zam Zam. Aku menjadi gemuk dan lemak perutku menjadi sirna. Aku tidak mendapatkan dalam hatiku kelemahan lapar."

"Dari Hammam, dari Abi Jamrah ad-Duba`i, ia berkata : "Aku duduk bersama Ibnu 'Abbas di Mekkah, tatkala demam menyerangku. Ibnu 'Abbas mengatakan, dinginkanlah dengan air Zam-Zam, karena Rasulullah mengatakan, sesungguhnya demam adalah dari panas Neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air atau air Zam Zam."

Dari 'Aisyah, ia membawa air Zam-Zam. Ia mengkhabarkan, sesungguhnya dahulu Rasulullah membawanya (sebagai bekal).

Ibnul Qayyim berkata,"Aku dan selain diriku telah mengalami perkara yang ajaib tatkala berubat dengan air Zam Zam. Dengan izin Allah, aku telah sembuh dari beberapa penyakit yang menimpaku. Aku juga menyaksikan seseorang yang telah menjadikan air Zam Zam sebagai makanan selama beberapa hari, sekitar setengah bulan atau lebih. Ia tidak mendapatkan rasa lapar, ia melaksanakan tawaf sebagaimana manusia yang lain. Ia telah memberitahukan kepadaku bahawa, ia terkadang seperti itu selama empat puluh hari. Ia juga mempunyai kekuatan untuk berjima', berpuasa dan melaksanakan tawaf ".

Beliau rahimahullah berkata,"Ketika berada di Mekah, aku mengalami sakit dan tidak ada tabib dan ubat (yang dapat menyembuhkannya). Akupun mengubatinya dengan meminum air Zam Zam dan membacakan atasnya berulangkali (dengan al Fatihah), kemudian aku meminumnya. Aku mendapatkan kesembuhan yang sempurna. Aku pun menjadikannya untuk bersandar ketika mengalami rasa sakit, aku benar-benar banyak mengambil manfaat darinya."

Molekul Air Zam Zam
Begitulah kelebihan dan khasiat air Zam Zam yang disebutkan di dalam beberapa hadis. Kajian oleh para ilmuan kini juga telah membuktikan bahawa air Zam Zam adalah air yang paling baik dan mampu mengubati pelbagai penyakit.

Kemudahan air Zam Zam yang disediakan di sekitar kawasan Masjidil Haram

Sumber: