BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sejarah Pembinaan Kaabah (Baitullah)



Sejarah ibadah haji di Tanah Suci Mekah bermula ketika Nabi Adam as diperintahkan turun ke bumi oleh Allah swt. Sejurus beberapa ketika berada di muka bumi, Allah swt memerintahkan baginda mendirikan sebuah binaan seakan-akan sama dengan Baitul Makmur di langit. Baitul Makmur adalah tempat ibadat para penghuni langit mengerjakan ibadat tawaf sepertimana yang dilakukan oleh penghuni bumi di Baitulullah(Rumah Allah). Baitul Makmur terletak di langit ketujuh.
Firman Allah dalam surah al-Imran (96) bermaksud,

"Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula sekali dibina untuk manusia ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan menjadi petunjuk bagi umat manusia."

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Mekah dipilih sebagai tempat pembinaan Kaabah kerana kedudukannya selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat. Diibaratkan bahawa jika Baitul Makmur jatuh ke muka bumi, maka ia akan terhempap ke Baitullah di Mekah disebabkan kesejajarannya itu.

Baitul Makmur adalah tempat khusus yang dicipta Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Hal ini kerana kawasan Arasy sangatlah luas dan sekiranya melakukan tawaf di situ, waktu tawaf itu mungkin menjangkau hingga ke hari kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, para malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Selepas Nabi Adam wafat, binaan Kaabah beransur-ansur reput. Seterusnya, Allah memerintahkan salah seorang daripada putera Adam iaitu Syith untuk membina semula Kaabah di tempat sama.

Kemudian, banjir besar yang melanda pada zaman Nabi Nuh,telah meruntuhkan binaan Kaabah sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina semula Kaabah.

Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir besar pada zaman Nabi Nuh itu.

Hal ini disebut dalam firman Allah dalam surah al-Hajj (26 dan 27),

"Dan ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membina, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun dengan-Ku dan bersihkanlah rumah-Ku (Kaabah ini) bagi orang yang tawaf dan orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud."

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang dengan berjalan kaki dan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai-bagai jalan yang jauh."

Firman Allah lagi dalam ayat 29 bermaksud,

"Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka menyempurnakan nazarnya dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah yang tua sejarahnya itu."

Nabi Ibrahim membina Kaabah daripada batu yang didapatkan dari tujuh bukit di sekitar kota Makkah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Al-Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Selepas menyempurnakan binaan itu, Nabi Ibrahim dan keluarganya diperintahkan pula mengerjakan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah sebagai sebahagian daripada ibadah haji.

Beberapa ratus tahun selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, usaha membaik-pulih dan membina semula Kaabah telah dilaksanakan secara berterusan.

Antaranya membaiki kerosakan tanpa mengubah bentuk atau ukuran Kaabah oleh kaum Analagh. Kaabah juga dibina semula oleh puak Jurhum selepas sebahagian dinding Kaabah runtuh kerana banjir besar di Kota Makkah.

Selepas itu, Kaabah dibaiki lagi dengan membuat pintu serta pemasangan kelambu Kaabah oleh seorang raja dari Yaman, pembinaan bumbung Kaabah semasa pemerintahan Qusai bin Kilab, pembinaan semula Kaabah oleh Kaum Quraisy dengan berpandukan batu asas hasil binaan Nabi Ibrahim.

Kaabah sebelum dan selepas dipasangkan kelambu (Ghilaaf)

Kerja membaiki Kaabah diteruskan oleh panglima Hajjaj pada zaman Khalifah Abdul Malik dan pembinaan semula Kaabah pada 1037 berikutan kerosakan yang dialami akibat banjir besar di Kota Makkah.

*~Muslimah Shopaholic~*

Muslimah Shopaholic

Shopping Complex, Mall dan pelbagai pusat perbelanjaan kini telah terbina dengan begitu pesatnya. Budaya konsumerisme masyarakat juga semakin giat dalam kalangan masyarakat kini. Di sudut lain, promosi produk semakin aktif dilakukan melalui pelbagai sumber sama ada melalui media cetak mahupun elektronik, dengan tawaran produk yang menggugah jiwa. Tidak hairanlah jika manusia di zaman ini sering  menjadikan aktiviti berbelanja sebagai kegemaran yang seringkali tak terkendali. Sedar tak sedar, sikap boros telah menjadi 'panglima' kehidupan kita. Rasulullah telah memperingatkan kita dalam sabdanya:

"Tempat yang paling disukai Allah ialah masjid. Tempat yang dibenci Allah ialah pasar."

(Riwayat Muslim)

April Benson, seorang psikologi dari Manhattan, AS, dalam bukunya: I Shop Therefore I Am : Compulsive Buying and the Search for Self While, mengungkap penemuan menarik. Sembilan daripada sepuluh orang wanita mengalami shopaholic atau ketagihan berbelanja. Orang-orang yang mengalami ketagihan berbelanja seringkali berasa cemas, gelisah, dan depresi apabila keinginannya berbelanja atau membeli sesuatu barang tidak kesampaian. Mereka berasa terdesak untuk membeli sesuatu barang. Mereka menjadi seorang yang gila berbelanja (compulsive shoppers), yang secara popular disebut shopaholic; mirip dengan workaholic (gila kerja).

April Benson mengklasifikasikan beberapa penyebab seseorang menjadi seorang yang gila berbelanja. Antara faktornya adalah adanya masa terluang yang tidak dimanfaatkan dengan baik, kurang percaya diri, dan sering terpengaruh dengan promosi barang melalui pelbagai media. Dari segi dalaman, sesetengah golongan ini mengalami masa kecil yang kurang bahagia; merasa ditolak, kurang diperhatikan, dan tidak memperolehi apa yang mereka inginkan. Ketika dewasa dan memiliki kehidupan yang dirasakan mewah, mereka mula melepaskan ketegangan yang dialami semasa waktu kecil. Kebanyakannya tidak boleh menghentikan kebiasaan ini, sehingga prosesnya berulang dan membuatnya ketagihan.

Syeikh Abdurrahman As-Suhaim di dalam bukunya Fitnah At-Tasawwuq mengatakan,

“Beberapa waktu yang lalu, saya membaca sebuah penyelidikan berkaitan penyakit psikologis yang tersebar di kalangan kaum kafir. Sebelumnya saya sangka penyakit ini terbatas hanya ada dalam kalangan mereka, ternyata saya mendengar penyakit itu juga ada pada kalangan wanita muslimah. Tahukah anda, penyakit apa itu? Ya, penyakit yang dikenal dengan istilah ‘ketagihan berbelanja’ atau ‘gila belanja’. Data statistik menunjukkan ada 800,000 orang gila belanja di Inggeris, dengan taraf yang membimbangkan. Sementara di Amerika jumlahnya berlipat ganda, ada 3,500,000 penggila belanja! Di antara golongan ini, ada yang sampai berhutang dan menjual semua kekayaan yang mereka miliki. Selepas itu, banyak klinik-klinik pemulihan ketagihan belanja muncul.”



Indahnya Perhiasan Zuhud

Seseorang yang gila bershoping jelas sekali dia terjebak ke dalam sikap boros yang dilarang oleh agama. Allah berfirman,

"...Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." 
(Al-Isra' [17]:26-27)

Sikap zuhud haruslah ditanamkan dalam hati iaitu sikap yang tidak terlalu kemaruk pada dunia, tidak terlalu rakus menjadikan dunia sebagai perburuan yang menggiurkan. Memburu sesuatu yang telah dijanjikan Allah di akhirat itu lebih utama.

Abdullah bin Mas’ud berkata,

“Bagi semua orang, dunia ini adalah tamu, dan harta itu adalah pinjaman. Setiap tamu pasti akan pergi, dan setiap pinjaman pasti harus dikembalikan.”

Imam Ibnul Qayyim di dalam Tazkiyyah An-Nafs menegaskan,

“Nafsu itu menyeru kepada sikap derhaka, dan mendahulukan kehidupan dunia. Sedangkan Allah Ta’ala menyeru hamba-Nya agar takut kepada-Nya dan menahan diri dari hawa nafsunya. Jadi, hati manusia itu ada di antara dua penyeru. Kadangkala ia condong kepada yang satu, dan kadang pula condong kepada yang lainnya. Di sinilah letaknya ujian dan cubaan.”

Oleh itu, berwaspadalah ketika membeli. Janganlah terlalu rakus membelanjakan wang. Wang itu adalah amanah Allah kepada kita. Gunakanlah ia dengan sebaiknya. Belanjalah untuk memenuhi keperluan hidup dan yang selebihnya gunakanlah untuk bersedekah. Pendek kata, bersederhanalah dalam kehidupan ini. Rasulullah SAW bersabda:

"Berbahagialah orang yang diberi hidayat kepada Islam, manakala kehidupannya pula sentiasa  mencukupi dan berpada."

(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Wallahualam.
^_^


~Perihal Waktu Pagi~


Di suatu sudut, dia terlihat ada suatu cahaya yang mungkin boleh membawanya keluar daripada kegelapan itu. Diikutinya cahaya itu perlahan-lahan..cahaya itu semakin menjauh..dia melajukan langkahnya..semakin laju langkahnya, semakin jauh cahaya itu pergi..akhirnya dia berlari! Dia tidak berputus asa kerana dia merasakan cahaya itu adalah satu-satunya peluang yang dia ada..

Titt! Tiitt! Titt! Tiitt!

Dia membuka matanya. Dicapainya jam loceng yang baru menyedarkannya. Kepalanya masih beralaskan bantal. Dia melihat jam tersebut. Pukul 10.

"Ish..malasnya nak bangun.."

Lalu ditariknya selimut sampai menutupi matanya. Mimpi tadi disambung semula. Mungkin mahu kembali mencari cahaya itu.

Hmm..pukul berapalah agaknya dia nak bangun ye?

Macam mana pula dengan kita? Pukul berapakah kita biasanya bangun daripada tidur?

Jeng!! Jeng!! Jeng!!

Entri pada kali ini, saya ingin kongsikan bersama anda mengenai kebaikan bangun pagi.


Jika hari bekerja atau sekolah, pasti kita akan bangun pada waktunya kerana tidak mahu terlambat. Tetapi, bagaimana pula pada hari minggu dan hari cuti? Sesetengah orang lain ceritanya..hehehe..>_<

Antara kebaikan bangun pagi ialah:

1. Dapat mengurangkan tekanan dan stres

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan kerana ia membuat fikiran kita menjadi segar dan hal ini sekaligus dapat mengurangkan tekanan dan stres. Lepas ini, sesiapa yang tengah tension-tension tu, bangunlah pada awal pagi ye..;)

2. Dapat kebaikan vitamin D

Sumber vitamin D diperolehi melalui cahaya matahari. Oleh itu, sekiranya anda inginkan vitamin D, keluarlah dari rumah dan lakukanlah aktiviti yang bermanfaat seperti bersenam, bercucuk tanam atau kerja-kerja rumah yang lain seperti menyapu sampah dikeliling rumah atau menyidai kain. Vitamin D dapat memberi kebaikan kepada kesihatan tulang kita.

3. Tenang dan tidak tergesa

Seseorang yang bangun lewat akan tergesa-gesa dalam melakukan urusannya. Kerja yang dilakukan dengan tergesa-gesa akan menampakkan hasil yang kurang baik. Jika ingin pergi ke suatu destinasi, mulalah tertinggal barang-barang yang penting seperti dompet dan sebagainya. Oleh itu, bangunlah awal kerana anda dapat membuat perancangan yang memberi kesan positif terhadap permulaan hari anda. =)

4. Dapat bersarapan

Sesetengah orang tidak mengambil kira mengenai sarapan. Sarapan atau makan pagi adalah penting untuk dilakukan. Alasannya kerana semasa kita tidur selama kurang 8 jam,  tidak ada makanan yang masuk ke dalam tubuh kita sedangkan aktiviti seperti bernafas  atau pergerakan ringan lain tetap berjalan. Akibatnya, kadar gula dalam tubuh sangat rendah. Dengan menyantap makanan yang baik,  anda akan merasa kenyang dan hal ini akan membangkitkan semangat anda untuk melakukan aktiviti. Anda tidak akan merasa lesu atau disibukkan oleh perut yang kelaparan. Sebab itulah juga apabila kita berpuasa, kita digalakkan bersahur.

Begitulah kebaikan bangun pada awal pagi..Namun begitu, bagaimana pula dengan persoalan ini; Mampukah kita untuk bangun pada waktu tersebut..? ^_^

Apa kata kita cuba tips-tips ini:

1. Baca doa dan niat sebelum tidur supaya kita dapat bangun pada awal pagi esoknya agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

2. Percepatkan waktu bangun tidur. Walaubagaimanapun, masa yang ingin dipercepatkan itu tidak boleh terlalu drastik. Percepatkan masa bangun tidur sedikit demi sedikit agar kita selesa dengan perubahan yang kita lakukan itu.

3. Disiplinkan diri agar kita dapat bangun daripada tidur mengikut waktu yang ditetapkan. Tanamkan azam yang kuat bersama dorongan kata-kata motivasi atau apa sahaja perkara baik yang membuatkan kita bersemangat untuk bangun daripada tidur.

4. Amalkan mengambil wuduk dan berzikir sebelum tidur. Hal ini dapat menjadikan fikiran kita sentiasa tenang sekaligus membantu masalah susah untuk tidur.

5. Tidur awal agar mendapat rehat yang cukup..;)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ya Allah berilah keberkatan kepada umatku pada waktu pagi." (Riwayat Al-Tirmizi)

Jadi, rebutlah peluang dan gunakanlah waktu pagi anda dengan sebaiknya!

Wallahualam.
^_^

Ratu Syahadah~Asiah binti Muzahim


Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…

Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : Pahrol Md. Juoi (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

p/s: jika anda ingin mendengar lagu ini, tekan play pada video yang terdapat di akhir entri ini. ^_^


Di negeri Mesir pada suatu ketika dahulu, ada sebuah keluarga yang  terkenal sebagai keluarga yang baik-baik iaitu keluarga Imran. Keluarga Imran mempunyai seorang anak gadis yang bernama Asiah. Asiah adalah seorang yang warak dan taat kepada Allah. Selain mempunyai budi pekerti yang baik, Asiah juga memiliki rupa paras yang cantik. Tidak hairanlah sekiranya banyak lelaki yang jatuh hati kepadanya. Personaliti hebat beliau menjadi bualan orang pada ketika itu sehinggalah pada suatu hari, bualan ini juga sampai pada pengetahuan Firaun, raja Mesir yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Perkhabaran menarik ini membuatkan Firaun mahu memperisterikan Asiah lantas Firaun mengutuskan seorang menterinya, Haman untuk merisik Asiah.
Walaupun keinginan itu disambut baik oleh kedua ibu bapa Asiah, namun Asiah menolak lamaran tersebut. Kenyataan bahawa Firaun mempunyai harta yang sangat banyak langsung tidak dipeduli oleh Asiah kerana beliau tahu, Firaun adalah raja yang angkuh dan zalim.
Penolakan lamaran itu sampai ke pengetahuan Firaun menyebabkan dia menjadi marah sehingga bertindak keras terhadap Asiah. Firaun kemudiannya menyampaikan surat perintah melalui utusannya untuk menangkap kedua-dua ibu bapa Asiah. Ibu bapa Asiah diseksa dan dirantai serta diperlakukan secara kasar dan dikurung dalam penjara. Betapa kejamnya Firaun!
Melihat kepada perlakuan zalim Firaun kepada kedua-dua ibu bapanya, Asiah tidak punyai pilihan lain. Beliau tidak rela melihat kedua ibu bapanya terus diseksa. Asiah terpaksa akur menerima pinangan Firaun tetapi dengan bersyarat iaitu kedua-dua ibu bapanya perlu dibebaskan seterusnya disediakan untuk mereka tempat tinggal yang lengkap dan selesa. Firaun juga diminta supaya memberikan jaminan bagi menjaga kesihatan ibu bapanya di samping makan dan minum mereka.
Selepas Firaun bersetuju dengan semua syarat yang dikehendaki Asiah, akhirnya mereka berkahwin.

Menjaga Akidah dan Kehormatan Diri
Biarpun bergelar isteri kepada Firaun yang zalim, Asiah tidak gentar dalam melakukan ibadat kepada Allah. Tanpa pengetahuan Firaun, Asiah sentiasa beribadat dengan mengerjakan solat dan memohon pertolongan dari Allah. Beliau sentiasa berdoa supaya kehormatannya tidak disentuh oleh sesiapa termasuk suaminya sendiri.
Allah mendengar doa Asiah yang berada dalam cengkaman manusia yang zalim lalu Allah menciptakan iblis yang menyerupai Asiah. Iblislah yang menggantikan Asiah pada setiap malam dan ketika bergaul dengan Firaun. Oleh sebab itu, perkahwinan Firaun dan Asiah tidak dikurniakan dengan cahaya mata.
Mendapat Putera Bakal Nabi
Sungai Nil
Suatu hari, Firaun bermimpi, Mesir ditimpa bencana kebakaran dan penduduknya mati melainkan bani Israel. Firaun memerintahkan ahli nujumnya supaya menafsirkan mimpi yang dialaminya itu. Mengikut firasat ahli nujum Firaun itu, kuasa negara yang diperintah oleh Firaun akan jatuh ke tangan seorang lelaki  daripada kalangan bani Israel. Menurut ahli nujum itu juga, seorang lelaki daripada bani Israel akan lahir dan lelaki itu akan menjatuhkan kekuasaan Firaun. Firaun berasa sangat takut dengan penafsiran mimpinya itu lantas dia memerintahkan kepada askar-asarnya supaya semua bayi lelaki yang baru lahir dibunuh hidup-hidup.  
Seorang ibu bernama Yukabad berasa gelisah kerana bimbang bayi lelakinya akan dibunuh oleh Firaun. Ibu yang bernama Yukabad ini adalah ibu kepada Nabi Musa. Kelahiran Nabi Musa dirahsiakan kerana beliau begitu bimbang dengan keselamatan Nabi Musa.
Askar-askar Firaun kemudiannya datang menggeledah rumah Yukabad. Nabi Musa diletakkan di dalam tempat pembakar roti bagi mengaburi pandangan mereka.
Ternyata Alah menyelamatkan Nabi Musa daripada terbakar. Namun, oleh sebab risau akan keselamatan anaknya, apabila Nabi Musa mencecah umur tiga bulan, Yukabad menghanyutkan bayinya ke Sungai Nil. Kakak Nabi Musa mengintip ke mana adiknya yang terapung di sungai itu dibawa arus. Kuasa Allah Yang Maha Agung, Nabi Musa yang dihanyutkan itu ditemui oleh Asiah ketika beliau sedang mandi.
Atas sifat keibuannya dan keinginannya untuk memiliki cahaya mata, Asiah membawa bayi itu pulang ke istana. Melihat isterinya membawa seorang bayi lelaki, Firaun dengan tidak teragak-agak menghunuskan pedang bagi membunuh Nabi Musa. Namun, Asiah meminta kepada Firaun supaya tidak membunuh bayi itu kerana dia ingin menjadikan bayi tersebut sebagai anak angkat kerana Asiah sendiri tidak mempunyai anak. Setelah mendengar permintaan daripada Asiah itu, Firaun menjadi tidak sampai hati untuk membunuhnya.
Kasih Sayang Ibu
Selepas mendapat keizinan daripada Firaun bagi membela Nabi Musa, Asiah pun mendapatkan pengasuh. Namun begitu, tidak ada seorang pengasuh pun dapat mendodoikan dan mententeramkan Nabi Musa dengan baik, malah Nabi Musa tetap menangis tanpa henti dan tidak mahu disusukan.
Akhirnya, Yukabad sendiri tampil bagi memberikan susu kepadanya. Nabi Musa terus sahaja berhenti menangis apabila berada dalam pangkuan ibunya yang sebenar. Oleh itu, Yukabad diterima sebagai pengasuh bagi mengasuh dan membesarkan anaknya sendiri di istana Firaun.
Tanda Kenabian
Pada suatu hari, Firaun mendukung Nabi Musa yang masih kanak-kanak. Tiba-tiba, janggutnya ditarik sehingga dia kesakitan. Lalu dia pun menyatakan kepada Asiah yang berkemungkinan kanak-kanak ini yang bakal menjatuhkan kekuasaannya. Asiah menyuruh Firaun supaya bersabar kerana menurutnya, Musa hanya kanak-kanak kecil yang belum berakal dan tidak tahu apa-apa pun. Firaun kemudiannya meminta Asiah membuktikan kata-katanya, lalu diletakkannya emas dan api di hadapan Nabi Musa. Dengan kuasa Allah, tangan Nabi Musa mencapai api. Firaun yang melihat kejadian itu berasa lega kerana pada hematnya, tidak mungkin kanak-kanak itu yang akan menggugat kekuasannya.
Sejak berusia tiga bulan hingga dewasa, Musa tinggal di istana itu sehinggakan orang memanggilnya dengan nama Musa bin Firaun. Nama Musa sendiri diberi oleh keluarga Firaun iaitu ‘Mu’ bermakna air dan ‘sa’ bermaksud pokok sempena tempat penemuannya di tepi Sungai Nil oleh Asiah.
Syahid Seorang Wanita
Selama 40 tahun, Asiah merahsiakan keimanannya daripada Firaun. Pada suatu ketika, Firaun membunuh Mashitah dan anaknya dengan memasukkan mereka ke dalam kawah yang menggelegak airnya. Mashitah adalah isteri kepada seorang pegawai yang begitu dipercayai oleh Firaun yang bernama Hazaqil. Namun begitu, Hazaqil sebelumnya telah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Firaun sendiri setelah Hazaqil menyatakan keimanannya atas ajaran Nabi Musa.
Asiah sedaya upaya membela Mashitah di saat Mashitah dibunuh oleh Firaun sehingga akhirnya Firaun mengetahui perihal keimanan Asiah. Menyedari keimanan Asiah kepada Allah, Firaun lantas memerintahkan supaya beliau diseksa dengan segala bentuk seksaan. Namun begitu, Asiah tetap teguh dengan keimanannya.
Firaun yang terkenal dengan kezalimannya itu lalu memerintahkan supaya memaku tubuh Asiah dengan empat buah pasak yang diperbuat daripada besi. Sebagaimana yang dinyatakan dalam Al-Quran, Allah berkata, “Dan Firaun yang mempunyai pasak-pasak (paku-paku) yang sudah berbuat sesuka hati dalam negeri.” Surah Al-Fajr, ayat 10 hingga ayat 11.
Firaun menyeru Asiah supaya murtad, namun Asiah mengatakan yang Firaun hanya dapat menyeksa dirinya sahaja sedangkan dirinya berada dalam jagaan Allah. Biarpun tubuhnya diseksa, namun keimanannya tidak berkurang bahkan kecintaannya kepada Allah semakin bertambah dan mendalam. Asiah pada saat kematiannya berdoa, “Ya Allah, Ya Tuhanku, bangunkanlah untuk aku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga.”
Pada saat Asiah hampir dibunuh oleh Firaun, Allah Yang Maha Kuasa sudah pun membukakan hijab-Nya lalu Asiah dapat melihat rumahnya di syurga sebelum beliau dibunuh. Ternyata Asiah tergolong dalam orang yang beruntung sebagaimana janji Allah.
-Tamat-

Rujukan cerita : 10 Tokoh Idola Muslimah



Hayati apa yang terkandung dalam lirik nasyid ini kerana nasyid ini menceritakan kisah Asiah



Jom Layan Nasyid!-Carta Top 30 Nasyid TerBaek!!!


Assalamualaikum..apa khabar semua? Harap semua sihat-sihat sahaja..Apa perancangan anda selepas ini? Maklumlah, kita sudah berada di penghujung tahun..Yang belajar di universiti sudah pun mula bercuti..Yang bersekolah, hampir selesai sesi persekolahan untuk tahun ini..Yang bekerja pula, meskipun tiada cuti..tapi mesti tetap ingin meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menenangkan fikiran dek kesibukan yang melanda selama ini..hehehe…

Kumpulan Mestica

 Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi lagu-lagu nasyid yang saya suka..Manalah tahu, ada yang pada ketika ini tercari-cari lagu nasyid yang dapat mengubat hati..Kadang-kadang pun, saya macam itu juga..Nanti anda klik sahaja mana-mana lagu yang anda rasa nak dengar..nnt akn keluar paparan daripada 4shared..Anda boleh dengar dan download sekali lagu itu (free jer..=))..Sebelum itu, saya nak minta maaf dulu kalau lagu-lagu yang anda suka tidak tersenarai dalam list nasyid ini..ada lagu yang saya nak letak tapi tak jumpa pula linknya..Apa-apa pun, always be chill ok!  ^_^

1.       1. Opick-Rapuh (lagu yg kat dalam blog ni..>_<)
2.       2. Yang Abadi-Mestica
3.       3. Ainul Mardhiah-UNIC
4.       4. Layar Keinsafan-Mestica
5.       5. Suci Sekeping Hati-Saujana
6.       6. Menanti Di Barzakh-Far East
7.       7. Aisya Humaira-UNIC
8.       8. Nota Cinta-Saujana
9.       9. Wanita-Dehearty
11.   11. Freedom-Maher Zain
15.   15. Inayah-Mestica
30.   30. Balqis-UNIC
Ok!
Nanti pandai-pandailah anda cari video lagu-lagu nasyid ini di Youtube ya..Kalau nak tahu lirik search je kat Google..Lagu-lagu nasyid yang best bukan ini sahaja, tapi banyak lagi..Yang tak ada dalam list ini tak semestinya lagu itu tak sedap ye..Kalau anda rasa ada yang lagi best, jangan segan-segan untuk kongsikan di ruang komen.. >_< ..

Kumpulan UNIC antara kumpulan nasyid yang digemari muda mudi =D
 
Tidak dinafikan, industri nasyid kini semakin diketepi..di radio juga jarang-jarang sekali dimainkan kecuali di I.K.I.M. fm..bagi saya, persembahan nasyid kini memang tampak berseri..cuma muda mudi kini lebih menggemari lagu cintan cintun..;( Adakalanya nasyid bukan sahaja sebagai penghibur hati, tetapi boleh juga menjadi doa..Mudah-mudahan dapat memberi inspirasi..Sekian untuk kali ini..

Wallahualam..

^_^

~JoM JoGinG!~

‘Joging’. Perkataan ini mungkin sinonim bagi mereka yang selalu mengamalkannya tetapi menjadi antonim bagi mereka yang selalu menjauhinya.

Mungkin ada antara kita yang apabila diajak berjoging, terasa malas je..Ada yang berpendapat joging ni hanya membuang masa.. “Haisshh,malas lah! Buang masa..duduk rumah, tengok tv, lagi best!” Yang sibuk pula memberi alasan, “Aku sibuk la..assignment melambak-lambak..kau ajak je lah orang lain.” Yang suka membuta pula, “Urrmm.. takpelah aku joging dalam mimpi je..Zzzzz..”
Demikianlah jawapan yang diberikan oleh sesetengah golongan apabila diajak berjoging. Namun pada hakikatnya, sekiranya kita benar-benar pandai mengurus masa dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk menjaga kesihatan mental dan fizikal, berjoging bukanlah suatu perkara yang membebankan.
Berjoging dapat mengeluarkan peluh. Peluh pula merupakan salah satu bahan kumuh dalam tubuh seseorang manusia yang harus dikeluarkan daripada tubuh sebab kalau tidak dikeluarkan, peluh itu akan menjadi toksid dalam tubuh menyebabkan seseorang itu mudah mendapat penyakit. Kehidupan di kampus ni tak memaksa diri saya untuk mengeluarkan peluh sangat berbanding kehidupan kat asrama dulu dimana hampir setiap minggu, ada sahaja aktivitinya..
Pemandangan ala-ala Broga Hill
Bonusnya, sambil-sambil joging kat dalam kampus ni, saya pun dapat menikmati pemandangan ala-ala Broga Hill gitu dekat kawasan belakang kampus. Hati pun terasa sejuk, jiwa juga menjadi tenang..(ececececece...). Kata orang , sambil menyelam minum air sekali..Hehehe…>_< Bagaimana pula dengan tempat joging di kawasan anda?
Seterusnya, mari saya cerita lagi berkenaan joging ni. Berjoging atau berjalan pantas selaju 6 kilometer sejam merupakan aktiviti fizikal yang paling ‘simple’ dilakukan dan tidak perlukan belanja yang banyak. Kita cuma memerlukan sepasang pakaian yang menyerap peluh, kasut joging dan luang masa setengah jam, itu pun sudah mencukupi =)
Ada patutnya juga untuk kita mengetahui sebab kenapa kita perlu berjoging. Tidaklah nanti kita hanya dapat merasa penat sahaja tanpa menikmati kepuasan berjoging.

Manfaat berjoging:
·         Menurunkan berat badan.

·         Merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah.

·         Mengelakkan kerosakan otot dan tulang.

·         Meningkatkan ketahanan tubuh.

·         Mengurangkan risiko penyakit jantung, osteoporosis, diabetes dan obesiti.

·         Mengurangkan risiko barah.

Dari aspek psikologi:

·         Mengurangkan tekanan kerana badan mengeluarkan hormon endorfin.

·         Menstabilkan perasaan bimbang.

·         Mengelakkan kemurungan.

·         Meningkatkan keyakinan diri.

·         Ruang untuk bersosial.


Buat permulaan, kita harus berjalan laju dan berlari-lari anak sejauh kira-kira 5 kilometer. Teruskan selama 20 hingga 30 minit, tiga kali seminggu dan beransur-ansur meningkatkan tempoh joging sehingga kita mampu berjoging mengikut sasaran yang ditetapkan.

Macamana pula dengan pakaian? Dan bagaimana pula pergerakan tubuh bersama pergerakan anggota lain? Apakah langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kecederaan? Di sini akan saya terangkan.

Pakaian joging:

·         Kasut yang sesuai (jangan pakai but sudaa..hehehe ^_^).

·         Pakaian longgar yang menyerap peluh. Di samping itu, pakailah pakaian yang menutup aurat..Tidaklah semasa berjoging nanti terdedah apa-apa yang tidak patut =)

·         Jika cuaca sejuk, pakai jaket yang membenarkan pengaliran udara dan kalis air.

Posisi anggota tubuh:

·         Lengan lepas mengayun secara semula jadi.

·         Siku membengkok 90 darjah.

·         Kepala dan badan tegak.

·         Pinggul ke belakang sedikit.

·         Rehatkan rahang dan bahu.

·         Bernafas melalui hidung dan menghembuskannya melalui mulut (petua ini juga adalah bagi mengelakkan sakit secara tiba-tiba di bahagian perut sewaktu berjoging).

·         Kaki dihentak perlahan supaya lutut dapat dibengkokkan sebaik kaki mencecah tanah.

Mengelak kecederaan:

·         Permukaan rata dan lembut.

·         Permukaan kaki lima dan konkrit berbahaya.

·         Elakkan permukaan tidak rata atau senget.

·         Tukar kasut setiap 900 kilometer apabila daya anjalnya berkurangan.

·         Mulakan joging secara berperingkat.

·         Elakkan menambah jarak larian melebihi 20 peratus seminggu.

·         Rujuk pakar kesihatan jika anggota terasa sakit.

·         Lakukan sesi pemanasan badan.

·         Berjalan selama lima minit pada penghujung jogging.

·         Lakukan sesi menyejukkan badan seperti membuat regangan otot selama 2 hingga 3 minit.
Trek joging di belakang UiTMPP >_<
Sesungguhnya, berjoging bukanlah aktiviti yang membazir. Susunlah masa dengan baik untuk mencari ruang berjoging sekurang-kurangnya tiga kali seminggu demi kesihatan minda dan fizikal. Jika minda dan fizikal sihat, mudah untuk kita beribadah dan belajar lagi-lagi di musim exam ni..>_<